PKINK Bina Sdn. Bhd. Adalah sebuah syarikat induk di bawah Kumpulan PKINK Bina yang terdiri daripada dua syarikat sendirian berhad . PKINK Bina dahulunya dikenali sebagai Maju Bangun PKINK Sdn.Bhd diperbadankan pada 11 Oktober 1980 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad mengikut peraturan Akta Syarikat 1965.

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh PKINK, objektif penubuhannya adalah untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembinaan bagi memenuhi misi PKINK sebagai agen pertumbuhan ekonomi negeri.

Dari tahun ke tahun PKINK Bina Sdn. Bhd. telah mengukuhkan kedudukannya sebagai nama (dahulunya dikenali sebagai Kelkon Sdn Bhd) yang aktif dan dipercayai dalam sektor pembinaan di negeri Kelantan. Tidak hanya terhad sebagai kontraktor, Kumpulan PKINK Bina telah melebarkan sayapnya ke dalam sektor Pembuatan, Pembangunan Hartanah.

Semua kejayaan di atas telah dapat dicapai bersama-sama dengan anak-anak syarikat dan unit perniagaannya, iaitu:

Syarikat ini telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil dalam pendapatan dan keuntungan terutamanya dalam 10 tahun yang lalu.

ktc                                reception                               bilik mesyuarat