10 KM PERTAMA LEBUHRAYA MACHANG – KUALA KRAI RANCAK DISIAPKAN

Ahad,5 April 2015- Kerja pembinaan 10 kilometer pertama Lebuhraya Machang РKuala Krai yang telah memasuki kerja-kerja sistem saliran sedang rancak disiapkan.

Kronologi pembinaan 10km pertama Lebuhraya Machang-Kuala Krai : –

29 Ogos 2014 – Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

09 September 2014 – Kerja-kerja masuk tapak dijalankan dan tarikh akhir dijangka siap pada 09 Mei 2017

07 Disember 2014 – Kerja-kerja pembersihan dijalankan dan dijangka selesai sehingga 7 Mei 2015

23 Disember 2014 – Proses kerja-kerja tanah mula beroperasi sepenuhnya dan dijangka selesai sehingga 20 Februari 2016

11 Januari 2015 – Kerja-kerja sistem saliran bermula dan dijangka siap pada 10 September 2015

20 Januari 2015 – Kerja-kerja jambatan telah dibina dan dijangka berakhir pada 5 Mac 2017

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 17 19 20 21 22 23

 

Sumber : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan